Powered by Blogger.
RSS

Rumput & Kasih Sayang

Ada satu cerite,pasal rumput ngan kasih sayang...renung2kan dan selamat beramal!!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar danguru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Assalamualaikum....




Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.
Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.
Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada penghujung 1962.
Bagaimanapun, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.Namun tarikh itu pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.
Sebelum ini, Hari Malaysia merupakan cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun mulai 2010, Hari Malaysia juga diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Dan yang menjadikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini lebih menarik dan bermakna adalah kerana acara sambutannya diadakan serentak dengan Hari Kemerdekaan Ke-54 negara.
Dalam usia 48 tahun Malaysia dibentuk, proses pembinaan negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang dan sudah tentunya tempoh itu dilalui dengan pelbagai dugaan, cabaran dan kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu.
Adalah merugikan jika segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan bertelagah dalam segala isu yang akhirnya meruntuhkan penyatuan Malaysia ini.
Dan perlu diakui, kekuatan Malaysia bukan sahaja terletak pada pembangunan di negeri-negeri Semenanjung sahaja, tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang menjana ekonomi Malaysia keseluruhannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Telekom Aidilfitri 2011 (Part 1)

Assalamualaikum semua...

hari ni 15 September 2011, ofis aku wat jamuan raya... sepatut nya wat jamuan tu kat HQ, tapi xtau la nape dibatalkan plak.. hu3. Xpe la kan, janji wat gaks kan.... tahun ni agak xbest la, sbb xnmpk chesee kek, haha.. Makanan kali ni makan sate, lontong, lemang, rendang daging, dan laksa... hahaha, mak aku tauke laksa la... so aku memang xmau makan... tapi kan lontong pon mak aku wat, tapi aku bedal je la... dah lapar la... he3

ok la kekawan, ni la gmbr masa kat jamuan tu... kawan2 aku ni cantik n hensem tau, tapi semua dah berpunya,, haha.. so sesape nak takel dah telepas la... kuang2

Bakal isteri orang












Kak anis & akhma


ok la kekawan, sampai sini lu pic aku share ekk... t akan ku upload lagi pic

wasalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dengar Radio Bile Bosan....

Assalammualaikum....



kali ni aku bg la link untuk dengar radio ek... aku bile bosan dengar melalui online je, nk guna phone t cepat habis bateri plak... kn kn kn, btl x....


Pesanan :
** Radio akan terbuka mungkin lambat skit ye.
** Kalau de link yang xboleh buka harap gtau ye, boleh saya update untuk semua k.
** Ada sesetengah PC tak dapat buka beberapa link yg diberi.
** Ini senua radio yang boleh didengar di kawasan KL dan selangor sahaja

wasalam,,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BlackBerry Tercanggih

salam diari ku....



ok la ri ni aku nak cerita sedikit tentang handphone aku ni.... memang canggih la phone ni... nak tau nape aku kta phone ni canggih, korang follow la entry bawah ni k...

selamat mencuba

"Wah ternyata BlackBerry adalah sebuah Handphone yang sangat bagus sampai boleh kesan kelajuan nadi anda. Sila tekan 4212 (jangan tekan call) dan letak dipegelangan tangan anda selamat 2 saat dan sila tekan L untuk tahu keputusan nya....

hahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Aidilfitri 2011 (Part 2)

aloo diariku....

ini la serba sedikit gambar-gambar time raya







okey diari ku.... enjoy ek.. skit je gambar yang aku ambik ni
wasalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Aidilfitri 2011 (Part 1)

Assalamualaikum...


Hari ni 1st day keje setelah seminggu bercuti raya... Raya kali ni cam membosankan skit la.... Nak tau sebab pe?? sebabnya xtau la, rasa memang cam xbest langsung.. mungkin kah sebab kekurangan pendapatan kot... hahaha

Ni nak cerita skit la teantang raya tahun ni.. raya tahun ni aku shopping hanya sehelai baju kurung.. seluar jeans, t-shirt dan tudung xbeli langsung... sebabnya byk yang aku xberkenan la... jejalan merata2 sebelum raya... tp shopping sehelai baju je.. kui3... di pagi raya plak hanya dok umah je la.. bangun pon lewat kot.. he3... bile dah tengahari baru berjalan umah sedara mara... raya kedua dan ketiga pon cm tu gaks.. tengahari baru kuar umah....

aku balik ke selayang raya ke-3... bile dah sampai selayang ape lagi, keje dok umah je la... malas nak berjalan... keje aku dirumah, tidur, makan, tengok tv n kalau de sedara mara datang baru la layan dorg... pada rancangan awl, hubby nak dtg slyg.. tp family kn kne utama kn lu.. so dia xdtg la.. tahun ni xdpt la nk beraya ngan hubby.. hu3, memang tak best langsung...

bile dah seminggu beraya, aku g la shopping baju raya... haha, giler kan... orang len shopping baju raya sebelum raya.. aku selepas raya... tapi kan shopping lepas raya best wo... nak tau sebab pe x...???? sebabnya baju dpt lagi murah... kalau orang tu jual RM100 untuk 3 helai baju, aku dah beli RM80 untuk 3 helai baju.... hahaha, best x.....

ok la kekawan.... aku nak sambung wat keje ni... rehat bos kasi sejam je.... nanti balik rumah aku akan update kan blog ni dengan gambar-gambar time raye k... tu pon tak banyak gambar sebab aku xsuka nak bergambar sangat....

wasalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukit Cerakah



aloo.. kawan-kawan, kali ni saya nak la cerita skit tentang buah hati saya, sebelum ni saya cerita kan tentang family saya... 
Ini serba sedikit tentang hubby saya la :-

  • Khairul Nizam Bin Mohamed
  • dilahirkan pada 13/10/1983, pukul bapa xtau la... pagi kot sbb dia cerah.. kui3

cukup la yang tu je ekk... xyah la cerita sangat sal sidia ni, Sebenarnya kan, saya bukan nak cerita sal sidia... Haa., ini la cerita sebenarnya... saya dan sidia pergi ke TAMAN BOTANI SHAH ALAM @ Bukit Cerakah kami bukan berdua je pergi sana sebenarnya, kami semua berenam iaitu : Adik - Mamat, Sepupu - Abg Nazri dan lagi 2 org Kawan Sepupu. Kami semua berjanji akan kuar dari umah pukul 8 pagi... alih-alih pukul 10 lebih baru kuar, kenapa lambat??? itu semua disebabkan kaum lelaki yang susah bangun tido....

Kami pergi kat sana dengan 2 buah kereta..yeay! exited2 nak masuk rumah 4 musim..dahla sekarang ni kan 'winter season'.. perjalanan xdela jauh sangat dalam 45 minit camtu dari selayang sampai ler..sampai-sampai tu,orang kat kaunter tu cakap hari ni rumah 4musim percuma..yeay2!!.. hu, perkara utama lepas kitaorang bayar tiket masuk, pergi la tempat sewa basikal... amat mengecewakan sebab basikal xde, sudah abis.. yang ade hanya basikal rosak... matlamat utama pergi sana nak jejalan naik basikal la.... akhirnya kata sepakat diambil iaitu jalan kaki je la.... hu3 penat kot.. tp best sangat2 la.....




lepas je kami keluar dari rumah empat musim tu,kami pun merayau-rayau melihat pemandangan dan peta tempat yang ingin dituju seterusnya..kami pun pergi ke taman cendawan,naik menara pandang jauh dan taman hiasan...yeay!!.... macam2 la tempat kami singgah... korang enjoy la gambar2 kat bawah ni k... penat la nk cerita.. he3... ENJOY ye....

























sekian dari diri ini... wasalam.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tafsiran Al-Quran

Assalamualaikum....


Dah lama sangat aku tak updated blog ni kan,
bile boring-boring ni, 
aku mencari la bacaan untuk 30 juzuk Al-Quran
disini aku nk share la ngan kekawan

Tasiran Al-Quran dalam  Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
(Klik Disini)

Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran
(Klik Disini)



Baca dapat pahala, Dengar pon dapat pahala....
amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Open Cbox